Rieya Ramlee's Stories TPHOTES BLOG: Rumpai Laut Ada Kolagen!

23 April 2013

Rumpai Laut Ada Kolagen!


Hola:)
Naa... Kan marah orang Sabah! Lain kali, jangan nak dok sebarkan fakta yang tak sahihnya dan tak tau kebenarannya. So, kepada para blogger dan penyebar maklumat palsu  yang "pandai sangat" tu nak menyebarkan fakta mengenai "RUMPAI LAUT TIADA KOLAGEN" hari tu, mohon baca ni banyak-banyak kali ye. 
Charlie pengamal rumpai laut asli tau tak! I marah ni tau!!
Benarkah Dakwaan Bahawa Rumpai Laut Tiada Kolagen? 

Sejak akhir-akhir ini, terdapat penyebaran dari individu-individu dan blog-blog tertentu bahawa rumpai laut tidak mengandungi kolagen dan tiada langsung kebaikan dalam bidang kosmetik. 

Saya harap anda tidak terpengaruh dengan dakwaan ini kerana kemungkinan besar ia disebarkan oleh pengusaha-pengusaha kolagen dari sumber lain yang cemburu dengan industri rumpai laut yang mencecah 4 bilion setahun di Malaysia.

Sejak keberkesanan rumpai laut dalam bidang kosmetik dan kesihatan 'meletup' di Malaysia, jualan produk-produk kolagen lain merosot dengan mendadak. Kenapa tidak, rumpai laut adalah jauh lebih murah berbanding dengan produk-produk kolagen tersebut. Perbuatan sabotaj seperti ini pernah terjadi kepada industri minyak sawit kita suatu ketika dahulu. dimana pengusaha-pengusaha industri minyak Soya, khususnya dari US pernah memfitnah minyak Kelapa Sawit boleh menyebabkan kanser.

Projek Rumpai Laut adalah adalah salah satu projek yang dimulakan oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia di bawah Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani Malaysia. Kajian-kajian telah dilakukan oleh pakar-pakar dari UMS, British Medical Board, Harvard dan banyak lagi pakar-pakar dari dalam dan luar negara yang mendapati bahawa rumpai laut mengandungi pelbagai khasiat yang sangat tinggi bukan sahaja untuk kesihatan, tetapi juga untuk kecantikan.

Jika anda menerima penyebaran sebegini jangan like atau share kerana anda bersubahat menghancurkan industri rumpai laut negara. 

Perlu diingatkan bahawa industri rumpai laut 90% terdiri dari kaum bumiputra, sedangkan sarang burung Walit 83% terdiri dari bukan bumiputera dan industri kolagen lain hampir 100% bukan bumiputera. Jadi jangan anda bantu hancurkan industri ini.

Sebaliknya, anda boleh like atau share info ini bagi menyedarkan masyarakat akan taktik-taktik halus sesetengah golongan ini. Insyaallah dari masa ke semasa, saya akan buat sedikit-demi sedikit pendedahan tentang kajian-kajian tentang rumpai laut ini dan mendedahkan penipuan-penipuan yang disebarkan oleh individu-individu tersebut.

SILA SHARE...terima kasih.
Sumber: CLICK SINI

THANKS FOR READING :)

0 PERSON LOVE THEIR COUPLE!:

 
Copyright © . All Right Reserved by Lyssa Faizureen